Tahukah ada satu Ibadah yang Rasulullah sangat gembira mengerjakannya?
Gembiranya Rasulullah apabila tibanya Aidiladha sehingga Baginda sendiri melaksanakan Qurban sebanyak 100 ekor unta.
Jabir RA meriwayatkan hadith bermaksud:
"Badanah (haiwan sembelihan dari jenis lembu atau unta) yang disembelih oleh Rasulullah SAW berjumlah 100 ekor, Baginda menyembelih 63 ekor daripadanya dan Ali Bin Abi Thalib menyembelih selebihnya.."
(Riwayat Ahmad)
Jika Rasulullah sangat gembira, bagaimana pula dengan kita?